KHASIAT RAWATAN BEKAM

Rawatan bekam sekarang ini menggunakan peralatan terkini untuk menyedut darah kotor disekitar badan.Ia bagus untuk merawat migran dan membersihkan darah.Darah yang kotor dan terkumpul pada saluran darah tertentu di bahagian badan boleh menimbulkan sesuatu penyakit seperti gout,migran,kebas anggota badan,kanser,resdung dan sebagainya.Sesiapa badannya ada banyak gangguan jin/sihir/saka amat bagus untuk berbekam,sebab jin bergerak dan membuang najis dalam darah manusia dan secara tak langsung ia akan mengotorkan dan menyekat kelancaran perjalanan darah,lalu wujudlah bermacam penyakit keturunan seperti migran,asma,hilang fokus,stress,gout,resdung dan macam-macam lagi...jadi bila kita berbekam di pusat kepala atau sekitar badan,secara beransur-ansur jin tu dah disedut keluar...tu yang nampak darah kotor yang bertali selepas berbekam...Ia juga disebut sbg al hijamah dan rawatan ini adalah sunnah nabi.

Tuesday, 28 June 2011

BEKAM DARAH JUGA MAMPU MEMBUANG ANGIN DARI BADAN

 
Bagi individu yang sering mengalami keletihan dan kelesuan akibat kerja mahupun belajar,berbekam darah pada kawasan tengkuk,bahu dan otot belikat mampu memberikan kesegaran pada tubuh badan kerana selepas berbekam anda akan sendawa dan banyak angin akan keluar dari badan serta badan akan terasa ringan.




Sabda Rasulullah SAW...
"Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam"
(Hadis sahih)
 

No comments:

Post a Comment