KHASIAT RAWATAN BEKAM

Rawatan bekam sekarang ini menggunakan peralatan terkini untuk menyedut darah kotor disekitar badan.Ia bagus untuk merawat migran dan membersihkan darah.Darah yang kotor dan terkumpul pada saluran darah tertentu di bahagian badan boleh menimbulkan sesuatu penyakit seperti gout,migran,kebas anggota badan,kanser,resdung dan sebagainya.Sesiapa badannya ada banyak gangguan jin/sihir/saka amat bagus untuk berbekam,sebab jin bergerak dan membuang najis dalam darah manusia dan secara tak langsung ia akan mengotorkan dan menyekat kelancaran perjalanan darah,lalu wujudlah bermacam penyakit keturunan seperti migran,asma,hilang fokus,stress,gout,resdung dan macam-macam lagi...jadi bila kita berbekam di pusat kepala atau sekitar badan,secara beransur-ansur jin tu dah disedut keluar...tu yang nampak darah kotor yang bertali selepas berbekam...Ia juga disebut sbg al hijamah dan rawatan ini adalah sunnah nabi.

Tuesday, 28 June 2011

PERLU URUTAN POINT BEKAM SEBELUM DAN SELEPAS BERBEKAM

Urutan perlu dilakukan selama 20 saat dengan menggunakan ibu jari pada kawasan yang hendak kita lakukan bekam darah.Urutan ini dilakukan sebelum dan selepas rawatan bekam,bagi urutan sebelum berbekam,ini dilakukan supaya kulit tidak terasa perit bila sedutan bekam dilakukan dan membuatkan darah kotor keluar agak banyak sikit kerana saluran darah mulai lancar.Bagi urutan selapas berbekam,tujuannya ialah untuk menghilangkan kesan lebam pada point bekam selepas sesi berbekam.Minyak yang disyorkan untuk urutan dalam proses berbekam ialah Minyak Zaitun Safi kerana ia tidak terlalu berminyak,mudah kering,banyak mengandungi vitamin dan berbau agak wangi.

Sabda Rasulullah SAW...
"Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam"
(Hadis sahih)

No comments:

Post a Comment