KHASIAT RAWATAN BEKAM

Rawatan bekam sekarang ini menggunakan peralatan terkini untuk menyedut darah kotor disekitar badan.Ia bagus untuk merawat migran dan membersihkan darah.Darah yang kotor dan terkumpul pada saluran darah tertentu di bahagian badan boleh menimbulkan sesuatu penyakit seperti gout,migran,kebas anggota badan,kanser,resdung dan sebagainya.Sesiapa badannya ada banyak gangguan jin/sihir/saka amat bagus untuk berbekam,sebab jin bergerak dan membuang najis dalam darah manusia dan secara tak langsung ia akan mengotorkan dan menyekat kelancaran perjalanan darah,lalu wujudlah bermacam penyakit keturunan seperti migran,asma,hilang fokus,stress,gout,resdung dan macam-macam lagi...jadi bila kita berbekam di pusat kepala atau sekitar badan,secara beransur-ansur jin tu dah disedut keluar...tu yang nampak darah kotor yang bertali selepas berbekam...Ia juga disebut sbg al hijamah dan rawatan ini adalah sunnah nabi.

Tuesday, 28 June 2011

BEKAM UNTUK KULIT MUKA BERMASALAH

Bagi individu yang mempunyai masalah resdung serius,jerawat batu dan kulit sering menggelupas dan bermasalah,saya syorkan anda berbekam dibahagian pipi seminggu sekali untuk 3x sesi,insyaAllah masalah kulit muka anda selesai.Kulit muka yang bermasalah berpunca dari bakteria-bakteria yang berkumpul dalam darah pada bahagian bawah muka,bila dilakukan bekam darah,semua bakteria itu akan disedut keluar bersama darah kotor yang pekat lagi kehitaman.

Kaedah bekam ini mengambil masa 20min sahaja,lelaki dan wanita sesuai untuk mencuba perkhidmatan ini.Selepas bekam dijalankan,muka anda tiada kesan parut dan kesan lebam akibat proses bekam tadi...Dan bekam darah ini pula adalah sunnah nabi dimana kita mendapat ganjaran pahala apabila melakukannya.

Sabda Rasulullah SAW...
"Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam"
(Hadis sahih)

1 comment: